Penyakit AIN masalah hati dengki

Penyakit AIN adalah dari pandangan mata yang jahat, cemburu atau penuh kekaguman kepada siapa yang dipandang dengki. Barangkali kita tidak tahu ianya wujud. 

Kebiasaannya:

Diri kita atau ada sahabat yang berkongsi kegembiraan mereka melancong ,berkongsi kebahagiaan mereka mempunyai pasangan yang baik, berkongsi tentang menikmati makanan yang sedap ,

Berkongsi tentang rumah, perabot dan juga kereta yang baru dibeli

Namun ingatlah, dalam kegembiraan kita atau mereka berkongsi cerita kisah-kisah kehidupan.

Mungkin ada insan yg terselit kesedihan atau kepiluan ,  Mungkin juga terselit kedengkian ataupun kekaguman. Maka berlindunglah kamu dari pandangan mata yang jahat, cemburu atau penuh kekaguman (iaitu disebut ‘Ain). Sesungguhnya penyakit ‘Ain ini adalah penyakit syarie yang benar lagi nyata. Janganlah kita mengambil mudah tentangnya.

Sebaik-baik curahan hati adalah kepada Allah subhana wata’ala.  Samada hal yang baik mahupun perkara-perkara yang tidak menyenangkan jiwa.

Nyatakan kesyukuran kepada Allah subhanawata’ala serta memohon keredhaanNya setiap masa. Semoga Allah menjauhkan bahaya ‘Ain daripada diri dan keluarga kita.

Dato SBy…
Serendah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge