News

Peristiwa Hari Raya Korban 2015

Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji diraikan oleh kita di Malaysia. Memang hari ini banyak surau dan masjid mengadakan penyembelihan lembu.

Sarawak sebuah negeri yang berbilang kaum. Ibadah ini juga diraikan di Sarawak. Pada masa ini bagi YB bukan islam juga menderma sapi atau lembu kepada surau dan masjid dikawasan mereka. Tidak semua. Bagi YB yang kaya tidak jadi masalah.

Ibadah korban ini merupakan ibadah yang mengingatkan kita dengan pengorbanan nabi Ismail yang sanggup mengorban dirinya demi tuntuan dari Allah s.w.t. melalui bapanya Nabi Ibrahim.

Warga Desaguru pada tahun ini telah menjalankan penyembelihan sebanyak 13 ekor lembu. Lembu-lembu ini dibeli dari Sara-beef dengan harga yang agak mahal. Bayangkan seorang peserta kena membayar RM750.

Aktiviti korban di Desa guru mudah diadakan kerana

1. Ada kandang lembu sendiri.
2. Ada ruang kandang khas untuk menyembelih lembu.
3. Sistem agihan kerja adalah berdasarkan sistem kilang yang dibahagikan kepada section seperti
a. Section koboi
b. Section Sembelih
c. Section membelah
d. Section tagging dan transport.
e. Section melapah. Unit pisau.
f. Section timbang dan bungkusan.
g. Section racip tulang
h. Section bersih perut.
I. Section sup dan makanan.
J. Section aggihan.

Apa yang membezakan kami dangan yang lain.

Mungkin ditempat tidak ada unit pisau. Kami khaskan seorang untuk menjaga dan mengasah pisau. Kerja melapah jadi mudah sekiranya pisau tajam.

Kami memberi keutamaan kepada peserta korban kerana mereka yang mengeluarkan duit untuk membayar korban. Kami akan pastikan bahagian mereka dijaga dengan baik dan tidak boleh kurang.

Cara Pembahagian.

Setiap sapi yang disembelih akan dibagi tagging ikut no sapi. Bahagian-bahagian sapi seperti empat kaki, kepala, empat bahagian badan akan ditanda. Ini membolehkan bahagian melapah dan pembungkusan dan timbang boleh detect sapi yang diterima mereka.

Bahagian sapi akan dibahagikan kepada 3 bahagian.

1. Bahagian Asnaf
2. Bahagian peserta korban
3. Bahagian pengurusan.

Keutamaan akan diberikan kepada Bahagian Asnaf.

 

 

Jangan Lupa Klik Sini
Soalan; adakah harus kita melakukan korban untuk orang lain khususnya yang telah mati? Adakah sampai
Aktiviti korban bukan hanya diadakan di surau dan Masjid tetapi ibadah korban diadakan di pejabat
Berapa pemimpin BN dari semenanjung dan Pembangkang yang hadir di masjid negeri.
Saya ingin kongsikan koleksi ucapan Takziah yang diucapkan oleh pemimpin Sarawak dan Malaysia di wall

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: