Ustaz Emran Ahmad

Perjuangan Menghadapi hawa nafsu

Pertempuran menundukkan hawa nafsu ialah peperangan yang panjang. Ianya sukar ditundukkan dan tak mungkin sama sekali menyerah tanpa perlawanan.

Firman Allah SWT ;

إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ
“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan…” (Yusuf: 53)

Imam Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah (wafat 795 hijrah) mengatakan;

إنّ جميع المعاصي تنشأ من تقديم هوى النّفوس على محبّة اللّه ورسوله
‘Sesungguhnya seluruh kemaksiatan bermula daripada perbuatan mendahulukan hawa nafsu daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.’

# Hawa nafsu perlu ditundukkan, namun prosesnya memakan masa yang lama, berterusan dan memerlukan pertolongan daripada Allah SWT.

Hanya mereka yang diberi rahmat sahaja terselamat daripada kejahatan hawa nafsu.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kemungkaran akhlak, amalan dan hawa nafsu.

Ustaz Emran Ahmad

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: