Persiapan Menyambut Tetamu Mulia Ramadhan

Intipati Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan Mohamad di Surau Darul Muallimin, Desa Guru, Kuching (19 Mei 2017)*

🔑 ALLAH jadikan puasa supaya kita bertaqwa.

🔑 Puasa ditujukan arahannya kepada org yang beriman.

🔑 Orang yg berpuasa dengan beriman dan mengharapkan balasan maka terampun dosanya yang terdahulu  oleh Allah swt.

🔑 Orang beriman menunggu Ramadhan bagi melaksanakan salah satu Rukun Islam iaitu puasa pada bulan Ramadhan.

🔑 Kita perlu memuliakan tetamu kita. Jika Ramadhan tetamu kita, apakah persiapan kita? Setiap orang  beriman berdoa utk bertemu Ramadhan. Orang2 berdosa juga menunggu Ramadhan kerana Ramadhan adalah bulan pengampunan.

🔑  Pada bulan Ramadhan setiap amalan akan diganjarkan 70 kali kebaikan.

🔑 Pada bulan Ramadhan dibuka seluas-luas pintu syurga dan rahmat. Pada bulan Ramadhan orang yg tidak pernah datang ke masjid pun kita lihat akan datang ke masjid utk solat.

🔑 Pada zaman Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz r.a. tiada manusia yg miskin pada zaman pemerintahannya. Ini kerana motivasi amal beliau adalah dari rasa takut pada siksaan api neraka.

🔑 Laksanakan puasa akan menghampirkan diri kita kepada Allah swt.

🔑 Dosa antara waktu solat akan diampunkan, maka jagai solat kita.

🔑 Ramadhan akan bawa juga satu malam yang kita buat satu kebaikan akan diganjarkan seperti beramal 1,000 bulan. Lailatul Qadar hanya ada pada bulan Ramadhan.

🔑 Persiapan-persiapan utk Ramadhan adalah persiapan spiritual (jiwa), fizikal, ilmu, dana (duit).

💎 1. Persiapan Spiritual/Jiwa

✏ Kalau kita ada rasa berdosa kepada seseorang, mohon maaflah. Mohon juga keampunan daripada Allah swt.

✏ Belajar bangun awal, bangunlah pada pukul 4.30 malam. Bangun juga bukan setakat bangun sahur, tetapi juga untuk qiamulail.

💎 2. Persiapan Fizikal

✏ Makanlah benda-benda yg boleh memberi tenaga. Kita perlu tenaga dan kekuatan pada Ramadhan nanti untuk beribadah.

💎 3. Persiapan Ilmu

✏ Belajarlah ilmu-ilmu mengenai ibadah puasa- apa yg sunat/ makruh/afdhal/sunnah pada bulan Ramadhan.
💎 4. Persiapan Dana /Duit

✏ Kumpul dana untuk beri infak/ sedekah pada bulan Ramadhan kelak. Cuba beri sedekah setiap hari pada bulan Ramadhan dan bersedekah/ infak seberapa banyak yang boleh.

 

🔑 KESIMPULAN
💎 Ajar anak-anak kita untuk cinta dan menyukai Bulan Ramadhan dengan amalan-amalannya.
💎 Kalau kita benar2 beriman, Ramadhan akan menjadikan kita lebih bertaqwa.
💎 Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan. Amatlah rugilah kita kalau kita tidak ambil manfaat dari Ramadan dan melepaskan ia pergi begitu sahaja.

Moga bermanfaat.

Wassalam

_ARAR_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

reverse phone lookupTattoo DesignsSEO
%d bloggers like this: