Ramadhan Taskirah Pagi

KHATAM AL QURAN – LEBIHKAN HUJUNG MINGGU

Jangan mencari kesibukkan yang lain pada hari minggu. Gunakan kelapangan masa di rumah  untuk menggandakan bacaan al Quran.

Jika hari bekerja kita mampu membaca 1 juzuk al Quran , alangkah baiknya jika melebihkan bacaannya sehingga 2-3 juzuk al Quran di hujung minggu . Kita hanya mengorbankan sekitar 4-5 jam sahaja dihujung minggu untuk menghabiskan 2-3 juzuk al quran.

Tak susahkan ??.

Sekiranya kita melebihkan bacaan di hujung minggu , maka tempoh untuk mengkhatamkan al Quran menjadi semakin singkat, mungkin kita mampu mengkhatamkannya hanya dalam masa 25 hari sahaja.

Semiga kita istiqomah membaca al Quran setiap hari…

Dato SBY…
Serendah.

2.  AKAUN AKHIRAT

Ketahuilah bahawa di akhirat kelak setiap muslim itu akan bersama dengannya AKAUN AKHIRAT iaitu IMAN dan nilai @ value di dalam akaun itu adalah amal. Justeru sentiasalah kita berusaha tanpa jemu untuk istiqomah mengisi akaun akhirat kita dengan amal soleh.

Semoga kita sering bermuhasabah dan jadikanlah akhirat sebagai agenda terpenting di dalam kehidupan kita di dalam misi kita untuk mendapatkan kematian husnul khotimah.

~ PENUHILAH AKAUN AKHIRAT KITA UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH ATAS USAHA TAQWA YG BERTERUSAN..

Dato SBY…
Serendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge