info kesihatan

Sakit Lutut Orang Tua

Ramai orang tua yang berumur kita yang mengalami masalah sakit lutut. Apabila datangnya masalah sakit lutut, mula datang masalah yang lain. Aktiviti harian terjejas, memang menyakitkan hati. Ada rasa yang rasa kebas di kaki, kadang-kadang nak gerakkan kaki pun sakit.

  1. Terlebih rehat

Faktor yang mungkin ramai tak tahu adalah terlalu banyak berehat, apabila terlalu banyak berehat lutut kita tak banyak bergerak menyebabkan lutut lebih lemah. Anda boleh usahakan untuk buat senaman yang sesuai, mudah dan ringan untuk dilakukan. Pastikan senaman tersebut selamat untuk lutut anda. Otot yang lemah ini menjadikan lebih besar risiko kecederaan pada lutut akibat sokongan yang lemah. Senaman kardio seperti berenang, berjalan, senamrobik boleh dilakukan untuk menguatkan otot di bahagian lutut.

Kasut pun boleh beri kesan untuk lutut, pakai kasut yang lebih lembut bahagian dalam. Boleh kurangkan stres pada lutut dan kaki. Jangan malu untuk pakai tongkat atau sokongan yang lain untuk berjalan, apabila jatuh nanti boleh akibatkan lutut lebih sakit dan cedera.

Antara faktor lain adalah pemakanan, orang yang mengalami kegemukan ataupun obesiti boleh menyebabkan tulang terpaksa menahan beban yang lebih berat terutamanya pada lutut dan peha. Antara sakit lutut sebab pemakanan adalah datangnya sakit gout. Penyakit Gout telah lama wujud dalam masyarakat dunia. Juga dikenali sebagai “penyakit orang kaya” kerana biasanya  disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman berkhasiat tinggi di kalangan mereka yang mempunyai kewangan yang kukuh. Sekarang, masalah Gout menyerang tanpa mengira usia. Jumlah pesakit Gout yang kian bertambah tahun demi tahun amat membimbangkan. Gout adalah penyakit yang datang dan pergi. Sekiranya pesakit mematuhi segala pantang larang dari segi pemakanan, ubatan dan gaya hidup, serangan akan berkurangan atau tidak berlaku langsung.

sakit lutut orang tua

sakit lutut

Editor's Rating:
5

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: