Info agama

Sembahyang mencegah perbuatan keji dan mungkar

Sembahyang adalah tiang agama. Sembahyang mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Saya pernah ditanya oleh kawan yang belum Islam. Kenapa orang Islam sembahyang 5 kali sehari.   Allah maha kuasa memberi ilham dan flash satu hadis yang pada masa itu saya tak ingat riwayat sapa. Tapi saya ingat hadis yang saya baca tentang solat.

Lebih kurang macam ini saya kata pada dia. Kalau rumah kamu ada sungai yang bersih. Awak mandi 5 kali sehari. 5 kali juga kamu bersihkan daki di badan.

Adakah ada lagi kotoran yang tinggal di badan kamu?

Dia jawab tidak. Jadi saya kata begitu lah juga orang Islam. Kami sembahyang 5 waktu dengan harapan kami dapat membersih kan dosa kecil yang kami buat sepanjang waktu kami tidak sembahyang.

Kawan saya yang belum Islam itu terdiam.

Saya teringat cerita ini kerana malam tadi saya ke majlis Ilmu di Surau Desaguru, perkongsian ilmu dari Ustaz Khair tentang  Hadith 40 dalam bab 2 : Mendirikan Sembahyang. Buku Pustaka Fajar , Karangan Mustafa Abdul Rahman.

Bebarapa surah tentang sembahyang

1.   Surah Al- Baqarah:3

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Kalau Bahasa Inggeris

Who believe in the Unseen, are steadfast in prayer, and spend out of what We have provided for them

2. Surah Ibrahim:31

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia; Tafsiran Ar-Rahman

Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman, hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, samada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan berterang- terang sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris; Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

Speak to my servants who have believed, that they may establish regular prayers, and spend (in charity) out of the sustenance we have given them, secretly and openly, before the coming of a Day in which there will be neither mutual bargaining nor befriending.

 

3.  Surah Al-‘Angkabut: 45

 

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia; Tafsiran Ar-Rahman

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris; Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

Recite what is sent of the Book by inspiration to thee, and establish regular Prayer: for Prayer restrains from shameful and unjust deeds and remembrance of Allah is the greatest (thing in life) without doubt. And Allah knows the (deeds) that ye do.

4. Surah Al-Ma’arij:19 -23

 

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia, Tafsiran Ar-Rahman

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris;Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

Recite what is sent of the Book by inspiration to thee, and establish regular Prayer: for Prayer restrains from shameful and unjust deeds and remembrance of Allah is the greatest (thing in life) without doubt. And Allah knows the (deeds) that ye do.

panduan solat Khusyuk 

Jangan Lupa Klik Sini
Solat yang elok terbaik diterangkan oleh ustaz Dr. Hasnan Kasan.  Review produk ebook ini boleh
Sebelum saya Review ebook Rahsia Solat Profesor Madya Ustaz Dr. Hasnan Kasan kita akan lihat dulu
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA

One Response

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: