Dato SBY. Serendah..Info agama

Solat Berkualiti Tackle Kasih Allah

Sahabat sekalian , Agama tidak membiarkan insan menjalani kehidupan dengan teraba2 dan. terkapai2 bersendirian. Antara ROOT asas keimanan yang paling penting bagi seseorang muslim adalah SOLAT. Justeru jika kita nak tackle Allah, maka tackle lah melalui Solat iaitu dengan menjaga sebaik mungkin solat dan qualitykanlah solat. Apabila solat kita baik maka kita akan melihat byk kebaikan di dalam kehidupan kita.

Jika tak nak solat maka rugilah menghadapi kematian di dalam keadaan kekafiran, jika on/off solat maka akan deritalah menempah kematian di dalam keadaan munafiq dan apabila lewat2 solat, terkejar, laju dan hilang tumpuan sepenuhnya di dalam solat maka itu merupakan musibah besar menjadi seorang muslim.

KENAPA KITA TAHU TAPI KITA TAK AMBIL PEDULI

1. Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau..

2.. Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

3.   Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

4.  Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur’an dalam jadual harian kita.

5.  Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

6.   Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

Semoga ada manfaatnya….

Dato SBY…
Serendah…

_CINTAILAH DAN RAIHLAH CINTA ALLAH MELALUI SOLAT YG BERKUALITI_

Dato SBY…
Serendah..

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Awang Kushyairi bin Awang Sapri di Surau Darul
Intipati Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan Mohamad di Surau Darul Muallimin, Desa
?Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan. ?Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: