Catatan Sdra ARAR

SOLAT SUNAT YANG DIKERJAKAN SECARA BERJEMAAH

INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA GURU, KUCHING. (15/1/17).
KUPASAN KITAB INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT: SOLAT SUNAT YANG DIKERJAKAN SECARA BERJEMAAH

PENDAHULUAN


? Unsur-Unsur Pada Manusia:

☄1. Jasad – Makanannya apa yg kita makan hari-hari spt nasi, air, ayam dsb.

☄2. Roh – makanan roh ialah amalan ibadah spt solat, puasa. Jasad tidak dapat bergerak tanpa ada roh. Yang buat amalan ialah jasad, yang melaksana ialah roh.

☄3. Akal -makanan akal ialah ilmu. Jasad dan roh memerlukan akal. Akal kalau disuluh dengan Islam ia akan jadi baik. Kalau tidak ia akan jadi jasad. Manakala Hati pula membuat keputusan.

☄4. Perasaan – makanan perasaan ialah kecantikan dan benda2 yg elok. Ia mendekatkan kita dengan Allah.

? SOLAT SUNAT YANG DIKERJAKAN SECARA BERJEMAAH

✅ 1. SOLAT DUA HARI RAYA

✏Solat Sunat Aidilfitri (1 Syawal) dan Sunat Aidiladha (10 Zulhijjah) & dianjurkan ( sunat muakkad) dikerjakan beramai2 di masjid atau di padang yang luas.

✏Waktunya mengerjakannya ketika terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.

✏Dalilnya: Firman Allah swt,

*فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ*

*Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).*
( Al Kautsar – Ayat 2)

✏Dikerjakan oleh Rasulullah saw sejak ia disyariatkan hingga Baginda wafat dan diteruskan oleh pada sahabat.

✏Rukun, syarat serta sunat sama dengan solat biasa. Cuma pada rakaat pertama ada takbir sebanyak 7 kali dan rakaat kedua takbir 5 kali. Khutbah pula dibacakan selepas selesai solat.

✅ 2. Solat Tarawih.
✅ 3. Solat Minta Hujan.
✅ 4. Sunat Sunat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan.

Moga bermanfaat.

Salam Mahabbah & Ukhuwwah Islamiyah
ARAR
#Merinduimu Ya Rasulullah
#Jom Imarah Masjid @ Rai Majlis Ilmu @ Solat Subuh Berjemaah Seramai Jemaah Solat Jumaat

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: