kesihatan

Tip Cara makan Dherbs Diet Gold 7 tahun testimoni

Adakah Dherbs Diet Gold produk diet paling berkesan? Anda teruskan baca saya akan share diakhir artikel ini. Adakah  produk dherbs untuk kempiskan perut? Juga saya akan jawab di akhir artikel ini. Sabar ya.

Cara makan Dherbs Diet Gold banyak lagi tips di sini.

1.Fundamental atau asas tips sebelum makan. 

Pengalaman saya setelah 7 tahun makan Dherbs Diet Gold ni memang menarik.  Saya tahu bila saya akan ke jamban buang air besar. Kalau perut anda atau kondisi anda baik makan 6 jam sahaja anda akan ke Jamban. Bermakna pencernaan anda baik. Ini bergantung kepada kunyahan dan apa yang anda makan malam tadi. Saya akan ambil sebelah malam. Saya akan kira sebelum saya bangun solat subuh saya sudah ke toilet. Jika perut tidak baik akan mengambil masa 8 jam ke 12 jam. Kalau lebih dari 12 jam tidak ke jamban jumpa doktor untuk keluarkan tahi tu..ha..ha, tidak akan berlaku.

2.Makan selepas anda makan berat 

Biasanya pada sabtu atau ahad kita akan pergi kenduri, maka ini dikira makan yang heavy dan berat. Saya akan makan pada malam hari kerana tidak mahu saya ke jamban tengah malam kerana saya tahu dalam 6 – 8 jam saya akan ke toilet. Kalau makan tu, janganlah main balun ke makan. Kena berpada-pada.

3. Satu peket bersama satu gelas besar air. 

Saya biasanya akan gunakan mark masukkan air, kalau ada RO water lagi bagus sebab kandungan nya kosong. Saya akan buat macam buat teh tarik. Buat beberapa kali. Kadang-kadang saya akan buat macam buat minuman shake dengan botol shake yang ada dipasaran.  Saya akan minum dengan membaca selawat dan bismillah. Saya amalkan doa ” Ya Allah, jadikan minuman ini kesembuhan dari sebarang penyakit kepada saya” kadang-kadang “Ya Allah, buangkan kolestrol yang jahat dalam badan saya dengan apa yang saya minum ini”. Kita kena yakin dengan Allah bukannya Dherbs ni untuk menyembuhkan kita. Ia hanya asbab sahaja. faham kan. Tak faham pm bawah.

4. Saya akan tinggalkan lebihan berwarna hitam 

Kalau anda minum ada satu lebihan yang sedikit berwarna hitam. Saya rasa ini carbon. tidak apa-apa, saya biasanya akan buang. Kalau sakit perut karbon ini adalah ubatnya. Itu yang saya buat jangan tanya kenapa.

5. Minum banyak air selepas minum dherbs

Ini yang paling payah, ambil masalah selepas sejam baru ambil air kosong. Kadang-kadang saya saya tidak ambil, sebab perut dah kenyang dan penuh dengan air. terpulang kepada anda. Teori saya supaya air kosong boleh menyebabkan sebatian dherb menjadi lebih berkesan.

6. Jangan makan selepas minum dherbs

Sebab itu minum selepas anda makan dan anda tidak nak makan lagi. Kesan akan menjadi lebih baik. Sebelum tidur lah masa sebaik-baiknya.

Enam tips ini adalah cukup untuk ada memulakan makan dherbs. Anda sudak baca artikel saya tentang dherbs. Saya tidak dibayar satu sen pun oleh Jutawan Aliff syukri ya, produk ni bagus sebab itu saya share.

Adakah  produk diet paling berkesan?
Bergatung kepada pemakanan anda, kalau main balun saja apa-apa produk pun tidak jalan oi bang, oi kak.

Adakah  produk dherbs untuk kempiskan perut?

Ia menyebabkan usus anda bersih, sebab tidak sempat lemak nak melekat dah disingkirkan. Bersenam lah kalau nak kesan lebih baik.

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: