Ustaz Abdul Halim bin Mohd Nasir Al-Hafiz YA ALLAH, JADIKAN AKU DIKASIHI(DIPANDANG) OLEHMU

السَّلاَمُ َعَلَيْكُمَُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

✍🏻 Intipati Kuliah Maghrib Khas oleh YBhg Ustaz Abdul Halim bin Mohd Nasir Al-Hafiz di Surau Muallimin Desa Guru, Kuching (18/02/2020).

💎 Tajuk:
YA ALLAH, JADIKAN AKU DIKASIHI (DIPANDANG) OLEHMU

💎 Mukadimah

Ash-Shu’ara’ 26:81

)وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحْيِينِ *

“Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

Ayat ini adalah merupakan sebahagian dakwah Nabi Ibrahim kepada kaumnya iaitu Allah swt pasti akan mematikan kita semua.

  • Yang paling kita takut selepas mati ada kehidupan. Hidup, mati dan hidup semula.
  • Oleh kerana itu, kita perlu yakin bahawa kita akan dihidupkan semula. Hidup itu merupakan penilaian dan bukan untuk berseronok- seronok.
  • Orang beriman akan menjadikan kehidupan mereka kehidupan yang sempurna.
  • Tajuk Ya Allah, Jadikan Aku Orang Dikasihi olehMu merupakan
    satu tajuk yang sungguh besar, satu tajuk yg perlu diusaha oleh kita.
  • Daripada kita sayang pada harta dan dunia, sayang kepada Allah swt adalah utama sebab Dia yang mengada-adakan semua (nikmat) kepada kita. Amat perlu sekali menjadi insan yang dikasihi oleh Allah swt.
  • Utk menjadi kekasih Allah, itu hak Rasulullah menjadi kekasihNya.
    Tak ada manusia yang boleh mendapat “title” kekasih dan gelaran ini selain Rasulullah swt.
  • ALLAH amat kasih dan sayang kepada kita.
    Bagaimana pula cara supaya Allah sayang kat kita?

Aal-e-Imran 3:31

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

  • Allah perintahkan kepada Nabi dan umat kalau kamu mahu Allah mahu sayang kepada kamu, kamu mesti ikut Rasulullah, maka Allah, sayang kepada kamu.
  • Nak ikut Rasulullah secara total bukan perkara mudah, maka kita ambil perkara-perkara yang mudah kita buat. dan lakukannya secara istiqomah.
  • Nabi ajar kita untuk syukur atas nikmat agama, nikmat jadi orang Islam dan beriman.
  • Allah pilih kita dengan sifat iradah Allah untuk pilih kita sebagai seorang Islam.
  • Hak Allah nak seseorang itu tidak beragama Islam dan hak Allah juga humban mereka ke neraka. Kita jangan pertikai hal-hal ini.
  • Syukur kepada Allah dan selagi ada iman walau sebesar debu, kita tetap ke syurga (walau ada yang ke neraka dahulu).

An-Nisa’ 4:147

مَّا يَفْعَلُ ٱللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِن شَكَرْتُمْ وَءَامَنتُمْۚ وَكَانَ ٱللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

  • Kita mesti berhati-hati dengan usaha yg dilakukan oleh sesetengah kumpulan untuk memesongkan iman kita.
  • ☝🏻Ulama pesan Wajib jaga lman dan lslam, jangan biarkan ia rosak. Iman boleh tercabut kalau kita beriktikad.
  • ☝🏻 Boleh jatuh aqidah, kalau kita :

katakan
riba itu boleh,

katakan
azan itu umpama menyalak,

katakan
zina tidak ada salahnya,

kita katakan
hukum lslam hukum lapuk,

katakan
kalau ikut lslam, bila nak maju atau mundur kita.

  • Sujud kat pokok, jatuh aqidah kita kerana sujud itu milik Allah.

📌 Murtad adalah jenayah aqidah.

📌 Tugas Pemerintah.

  1. Mesti jaga ugama Islam.
  2. Jaga nyawa.
  3. Jaga keturunan.
  4. Jaga harta.
  5. Jaga akal.
  • ☝🏻Jaga solat kita, hanya 20 minit dari 24 jam yang diberi oleh Allah swt.

Al-Muddaththir 74:42

مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?”

Al-Muddaththir 74:43

قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَلِّينَ

Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

  • Carilah belai kasih sayang Allah kerana Allah jaga kita dari perut ibu kita lagi.
  • Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun.
    (lmam Syafi’i)
  • Baca Al Quran sebelum masuk waktu Subuh. Allah cukup suka amalan tersebut dan ia disaksikan oleh para malaikat.

Moga bermanfaat.

ARAR/ HMN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge