Catatan Sdra ARARCendekiawan Islam

Ustaz Iqbal Zain Jauhari umat Nabi Muhammad adalah umat yang terbaik

​?Sedikit catatan ringkas?

☀Kuliah Subuh

Ustaz Iqbal Zain Jauhari

At-Taqwa, Gita ☀

?Kita umat Nabi Muhammad adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Allah memerintahkan malaikat untuk mencari manusia yang pernah mengucap Lailahaillallah menarik mereka keluar dari dalam neraka untuk masuk ke dalam syurga hatta iman mereka hanya sebesar zarah.Asal ada kalimah tauhid nescaya akan dimasukkan Allah ke dalam syurga kerna umat ini yang akan masuk ke dalam syurga dulu berbanding umat2 Nabi lain. Tiada umat lain yang akan masuk syurga dulu melainkan umat nabi muhammad SAW semuanya.
?Allah memilih kita dan meletakkan kita di taman2 syurga yang hakiki di akhirat kelak dengan meletakkan kita di dalam majlis ilmu sewaktu di dunia. Semuanya itu berlaku atas izin Allah.
?Hati-hati kita yg berada dalam genggaman Allah ini apabila sudah terpaut cinta kepada Allah, diikat, dirindui dan dicintai oleh Allah SWT, pasti akan dihadirkanNya dalam halaqah2 ilmu, majlis2 ilmu, zikir untuk mengingatkan kita kepada Allah. Ini adalah salah satu bentuk zikir yang tinggi di sisi Allah SWT kerana ketika mana kita duduk di majlis ilmu, walaupun lidah kita tidak berzikir pada waktu itu, tetapi hati kita yang sedang berzikir tanpa kita sedari sebenarnya. 
?Dekat atau jauhnya seseorang itu dengan Allah adalah tergantung sejauh mana hatinya terpaut kepada Allah. Jantung kita yang berdegup bukan dengan kawalan kita tetapi adalah dengan kudrat & Iradat Allah SWT. Mengalirnya darah di dalam diri kita adalah dengan izin & kehendak Allah SWT. Begitu juga dengan roh, nyawa dan jasadnya semua dalam genggaman Allah.
?Ketahuilah bahawa Allah SWT itu lebih hampir dengan hambaNya berbanding dengan urat lehernya sendiri. Orang yang merasakan keangkuhan & kesombongan sebenarnya telah berada dalam kesyirikan yang nyata lebih besar. Dari itu, kita haruslah merasakan kefakiran diri kita (Al-Fakir) setiap saat & detik bahawa kitalah yang sangat2 perlu kepada Allah.
?Penglihatan & pendengaran bukan milik kita tetapi Allah. Segala-galanya adalah kerana keagungan, kebesaran & kehebatan Allah SWT. Jika kita tidak merasakannya, kita boleh terjatuh ke dalam syirik yang tersembunyi. Naudzubillah!
?Zikir dan nafas seharusnya menjadi sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Hati yang khusyuk ialah penanda aras bagi orang mukmin di sisi Allah SWT. Khusyuk itu akan mencahayakan hatinya & mentauhidkan dirinya. Justeru, latihan untuk mendapatkan khusyuk dalam solat ialah berlaku di luar solat. khusyuk ialah ROH kepada SOLAT. Menghadirkan hati ketika sedang solat ialah kunci kekhusyukan solat. Hakikat solat itu bila menjadi pencegah perbuatan keji & mungkar. Akan tetapi, bila solat tidak mampu mencegah kita dari perkara keji & mungkar, periksalah balik solat kita. Berapa banyak manusia yang solat sedang hatinya lalai. Dosa hati adalah lebih besar dari dosa yang terzahir dari perbuatan manusia. Dosa hati ialah penyakit2 hati seperti riak, ujub, takabbur dan lalai juga termasuk dalam dosa2 hati. Hati yang lalai! Neraka wail itu disediakan Allah untuk orang yang solat tapi lalai!
?Oleh itu, janganlah berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak akan berputus asa dari rahmat Allah kecuali kaum yang kafir. Maka, janganlah putus asa dari bertaubat. Setiap ujian yang datang terlihat sebagai hadiah daripada Allah. Jadi, teruskanlah bertaubat, jangan lelah. 
?Teruskanlah solat untuk memperbaiki hati kita. Teruskanlah solat untuk memperbaiki hidup kita. Teruskanlah solat untuk ketenangan hati dan hidup kita. Allah lah yang menjadi matlamat hidup & mati kita. Teruskanlah solat, In shaaAllah…
?Beruntunglah menjadi insan yang Allah pilih untuk hadir dalam taman2 syurgaNya. Sungguh beruntungnya menjadi umat nabi SAW.
Sekian ?
?????????

Jangan Lupa Klik Sini
Penawar kanser adalah penting bahawa kita tahu bagaimana kanser bermula. Kanser bermula apabila sel-sel sihat
Dr. Gary Miller merupakan seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang kitab Bibble.
Penulis saya teruja membaca buku Biografi Prof. Dr Muhaya.  Buku ini memang memberi kita satu rangsangan positif terutama dalam
Ibnu Sina (AVICENNA)  Bapa Perubatan Dunia   IBNU SINA hidup dalam tahun 370-432 H/ 980-1037

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: