Percakapan Habib An-Najjaar Setelah Maut

Ayat ke 25 dan 26 dalam surah yassin mencatatkan percakapan penghuni syurga iaitu seorang pemuda yang berdakwah kepada kaumnya.  Walaupun bukan pendakwah, tetapi hanya tukang kayu, yang penting dia telah menyampaikan kepada kaumnya untuk mengikut apa yang dinyatakan oleh tiga rasul tersebut.

Dengan Itu adalah sebahagian dari kuliah MOHAMAD SOLHI HAJI MOHD SHARIF sebantar tadi di Surau Mualimmin Desaguru Kuching.

Kisah pemuda yang kita baca tapi kita tidak tahu. Selalu kita baca Yassin tapi selepas ayat ke 20 kita tidak rasa apa-apa. Sebabnya adalah  kita tidak tahu cerita disebalik ayat ini. Satu cerita yang diceritkan oleh seorang pemuda setelah beliau maut.  Hebat cerita ini, Allah merakamkan tidak lain seperti dalam Al-Quran.  Kita baca tapi kita tidak tahu. Betul kata Ustaz.

Macam saya juga.

Tak tahu.

Malam ini baru tahu apa yang berlaku kepada pemuda ini. Ramai ahli sejarah seperti dalam Tafsir Al Azhar mengaitkan cerita ini dengan menyatakan peristiwa Pompeii  atau Pompeyi berlaku setelah pemuda itu dibunuh oleh kaumnya dengan kejam kerana menyeru kaumnya mengikut jalan Allah. Dengan terikan  atau pekekan sahaja hancur semua.

Pompeii

 

 

fosil pompeii

 

pompeii dirakam dalam surah yassin tentang pemuda

 

Balik rumah saya buka tafsir Al Azhar. Ia adalah kisah seorang pemuda bernama Habib An Najjaar (tukang kayu).   Tafsir Al Azhar menyatakan cukup kita menyebut RAJULUN yang bererti lelaki. Apa yang penting disebalik lelaki ini itu yang diceritakan oleh Al-Quran.

Lebih 6000 ayat dalam AlQuran menceritakan tentang golongan muda. Ustaz Mohd Solhi menyatakan ini adalah 2 pertiga dari Al quran. Kisah Loqman, Yusuf, yunus, Ibrahim masa muda dan lain2 semua mencerita tentang perjuanga pemuda. Beza dengan nabi Nuh anak dia tidak mahu ikut dalam kapal. Ini adalah cabaran kita masa ini di mana anak-anak muda lebih suka ikut kawan-kawan dari ibu bapa sendiri.

 

Kita balik pada kisah dalam Yassin tadi.

Dalam ayat ke 20

” Dan datanglah dari hujung kota seorang lelaki dengan bergegas dia berkata “Wahai kaumku ikutlah utusan utusan itu.”

Dalam tafsir Al Azhar menyatakan dengan seruan pemuda itu supaya mengikut seruan yang disampaikan oleh ke tiga-tiga rasul itu dan dia mengakui ketiga -tiga mereka adalah rasul.

Peristiwa ini berlaku pasti sebelum nabi Muhammad s.a.w diutuskan.

Mereka menyeru mereka menyembah yang maha esa dengan seruan yang jelas terbukti dengan kejujuran dan kebenaran. Rasul ini tidak meminta apa-apa upah.

Menurut ceritanya pemuda tadi telah dibunuh kaumnya kerana berdakwah dengan perut dipijak oleh mereka sehingga mati.

Sebelum meninggal pemuda tadi sempat berkata dirakam dalam ayat 25 surah Yassin.

“sesungguhnya aku telah percaya kepada Tuhan kamu itu, maka dengarlah akan daku”

Tafsir Al Azhar

“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu;  maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku.”

Al Quran Tajwid warna dan terjemahan Humaira Bookstore Enterprise.

Sebelum pemuda ini meninggal dia sempat mengucapkan ayat di atas.

 

UMAT MUHAMMAD saw BERUNTUNG DAPAT MENDENGAR SENDIRI DARI MUKJIZAT AL QURAN APA YANG DIUCAPKAN OLEH PEMUDA ITU SETELAH DIA MENINGGAL.

Kata Ustaz Solhi, ini adalah suatu yang luarbiasa mukjizat Al Quran, Allah merakamkan dalam Al Quran apa yang dinyatakan oleh seorang manusia setelh dia maut.

Kalau umat sebelum itu cuma dapat rakaman di dunia tetapi umat kemudian atau umat nabi Muhamad saw. dapat kelebihan mengetahui apa yang diceritakan olwh pemuda ini setelah dia meninggal. Dirakamkan oleh Allah dalam ayat ke 26 Surah Yassin.

(setelah di mati) lalu dikatakan (kepadanya) “masuklah ke syurga”
Dia lelaki itu berkata “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui” 26 Surah Yassin

Tafsir Al Azhar

“Masuklah ke dalam syurga. Dia berkata:Ah, Sayang! alangkah baiknya jika kaum ku mengetahui.”

Ayat ini mengambarkan satu mukjizat dari Allah merakamkan kata-kata menyatakan Alangkah baiknya apa yang diberi oleh Allah kepada pemuda ini.

 

Dalam Tafsir Al Azhar menyatakan ucapan si pendakwah iaitu lelaki tadi, di permulaan katanya dalam bahasa Arab

Ya laita!”  Menurut aturan bahasa arab kalimat  ” Ya laita!”ialah kalimat yang mengharapkan satu hal yang tidak mungkin lagi terjadi, Seumpama oang yang mati yang mengharap dihidupkan kembali atau seoran yang menyesal hidup lalu mengharapkan agar dikembali sahaja ke dalam perut ibunya dan sebagainya. Perkataan Ah! sayang supaya mendekati maksud iaitu agak sedikit.

 

Kalau dalam bahasa Sarawak “Jerak palak, jerak ekor” maksud dalam bahasa Melayu serik pada mula dan akhir.

Ayat 27, adalah sabungan senafas dari ayat 26 yang setengah dari ahli tafsir seperti dinyatakan dalam Tafsir Al Azhar , pemuda itu bernama Habib itu menyesal mengapalah kaumnya sukar mengetahui hal yang telah dihadapainya setelah dia merasai maut. Telah lepas sakit hati kaumnya kerana kematiannya dipijak-pijak oleh kaumnya. Padahal sakit mati yang dirasainya itu adalah sekejam sahaja dirasainya. Setelah rohnya pindah ke alam barkhzah, kedatangan telah disambut dengan suara malaikat atau perntah Allah mempersilakan nya masuk ke dalam syurga.

Ayat adalah bukti apabila kita menyeru kapada kebenaran dengan iman yang tebal dan bertambah keyakinan kita untuk menghadapi pelbagai cabaran ketika berdakwah.

Pada saya pemuda ini memang seorang yang telah bulat keyakinannya kepada apa yang Allah telah janjikan pada mereka yang menyeru kepada kebaikan dan kebenaran Allah yang maha esa. Pintu syurga  dibuka dan diberi kehormatan kepada orang yang di muliakan.

Mungkin apa yang saya terangkan di sini anda tidak faham tetapi kalau anda dengan ceramah Ustaz Mohd Solhi tadi memang kta dapat merasa dan yakin bahawa selama ini kita baca yassin tidak perasaan kisah di ayat ke 20  ke 26 adalah ayat yang kita baca tapi tidak nak paham apa maksudnya. Sekurang kita buka tafsir dan tanya guru-guru sekeliling kita.

Nak dengar komen anda. Ramai yang baca post saya tadi tidak  nak komen.

Nanti syok sendiri.

Saya tidak pasti ada orang baca kah tidak post saya ini.

Jangan Lupa Klik Sini
Grafik kisah 25 rasul ini dikongsi oleh Farhanaf dalam facebook beliau. Semoga dia mendapat ganjaran
Seorang warga Jepun telah di iktiraf sebagai graduan tertua di dunia dengan ijazah. Graduan Seni
S E K A D A R    R E N U N G A N
Adoi kisah ini viral di whatapps. Saya kongsikan kepada yang tidak berpeluang membaca. Kisah menarik.

5 thoughts on “Percakapan Habib An-Najjaar Setelah Maut

  • June 5, 2016 at 1:01 pm
    Permalink

    Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini. Memang banyak lagi kisah pemuda-pemuda Islam yang berani dan yakin dengan perjuangan mereka untuk menyebarkan kebenaran ISLAM dan menyeru kaum-kaum pada zaman mereka untuk mengakui keesaan ALLAH SWT. Kisah-kisah pemuda-pemuda ini dicatatkan dalam Al Quran, agar ianya menjadi pengajaran dan pedoman kepada umat Nabi Muhammad Saw. Alhamdulillah.

    Reply
    • June 6, 2016 at 4:42 pm
      Permalink

      Terima kasih kerana komen. Pemuda dan pemudi adalah harapan agama dan negara

      Reply
    • September 10, 2016 at 11:18 am
      Permalink

      Terima kasih

      Reply
      • November 14, 2016 at 4:33 am
        Permalink

        Sama sama

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: